PENGUAT SEMANGAT

"KEJAYAAN ADALAH SATU KEMBARA BUKAN DESTINASI"
"SUCCESS IS A JOURNEY NOT A DESTINATION."

_Biar apapun kita lakukan, jangan mengalah- Abu Hassan Morad, JULIA

"Setiap apa yang kita lakukan dilihat oleh Allah, dan setiap apa yang dilihat, dinilai oleh Allah."- Hamka, KERETAMAYAT





Thursday, February 23, 2012

CINTA TERLARANG..CINTA TIADA RESTU..CINTA TIADA ADA AKHIRNYA? yang mana satu



Orang kata cinta tu boleh dipisahkan jarak dan masa? Tapi bergantung orang yang kata tulah kot. Sesetengah org dia perlukan pasangannya adalah org yang ada depan dia 24 jam. Kalau takde depan mata tak cinta dah, pudar dan layu, mati kaku tak da rasa. Nak kena menghadap pasangan dia baru boleh cinta. Jadinya, bila kerja di Tempat A, pasangannya kena kerja di tempat A supaya hari2 boleh tengok wajahnya, keluar makan sama, semua nak sama. Sama-sama paham, kalau nk ngumpat boss yang sama, masalah yg sama, dugaan kerja sama, SOP sama boleh. Jadinya kalau nanti pasangannya ke Tempat B layulah cinta tu. SEJATI SGT KAN CINTA MACAM TU..yelah cinta yang dibuat2 dibaja dek kebersamaaan bos, sama nasib, sama masalah, sama aliran sama pemahaman sama pemikiran.

Atau mungkin dulu pasangannya di Tempat A, bercintalah mereka bagai nak rak. Tapi diduga Allah lah cinta tiada restu. Carilah pasangan lain masing-masing. Tapi pasangan masing-masing jauh kt tempat B DAN C. Tak best lah kan. Nak jugak yang sama2 kalau boleh meja sebelah2, PC sebelah2, kalau nak best lagi satu unit, satu bos, keja satu kerani, satu jabatan,satu misi dan VISI baru BOLEH SALING MEMAHAMI. ORG PUTIH KATA "TALKING THE SAME LANGUANGE" gitu. Takkan sorg ckap bahasa Ibunda sorg ckp bahasa Antarabangsa dah TAK SEKUFU kan. Lain lenggok bahasanya. Memandangkan, tak boleh juga, nak jugak pasangan yang sama2 ada di tempat A sebab itu yang ditengok hari2, yang senyum hari, yang mesra hari2, yang manja hari2, yang boleh gurau hari2, yang boleh cubit hari2, boleh telefon hari2, BBM hari, whats apps menatan apa tu hari2,boleh selisih bahu hari2. Cinta dah jadi macam tak da nilai lah kalau kebersamaan dari segi fizikal sahaja yang boleh mengikat. Maknanya nnt, kalau kena pindah Tempat B cari pula pasangan di tempat B. Jadilah percintaan gelap malap tersingkap di balik tabir rahsia, tak kisah lukakan hati sesiapa yang penting hati SENDIRI MASING2 JAGA. KAN?

A. SITUASI BUJANG, ANAK DARA, TERUNA, DUDA, JANDA.
Takda masalah boleh tukar pasangan sesuki hati sesuka hati. Tak kecewakan ikatan perkahwinan. Kalau putus,putus cinta je takpe BOLEH CUBA DAN CUBA LAGI.mat salleh kata trial n error ntah betul ka tak? Larat lah sampai bila nak cuba yang kesian pasangan yang lagi satu lah.yg sesama tempat tu kalau pindah nasib koranglah dah memang peel korg nak cinta sesama tempat kerja je kan.AT LEAST kelompok ini tak melibatkan banyak silang pihak sgt masih boleh diterima akal lah..sedih2 sekejap je. nnt Allah pujuk yg dikecewakan tu dgn yg lebih baik amiin.yg sukapusing2 tu..erm tak pelah pusing2 la cari sampai jumpa org yg bleh smpai jadi laki bini tok nenek duduk keja tmpat yg sama. berterusan abadilah cintanya.

B. SITUASI LAKI ORANG BINI ORANG MAK ORANG BAPAK ORANG
Yang ni masalah sikit kalau fikir pasal diri sendiri tak memikira dah anak2. Pikir sesangat cinta keberadaan dan kebersamaan fizikal ni kan. Makanlah hati org lain yang sama terlibat, payahlah sikit. tpi takpe, Allah uji org yang mampu je. InshaAllah, yang teraniaya akan dapat tempat di sisi Allah , yg menganiayai akan dapat bahagiannya dan semoga jumpa jalan ke arah kebenaran.

MELUKAKAN HATI ORANG NI SENANG, TAK PAYAH MEMIKIR SGT.sebenarnya. terutama kalau kita tak sayang sgt orang tu...
kita buat dia jadi BATU LANGAS KE TUNGKU LANGAS tah adelah pepatah.cam BATU LONCATAN gitu.Kalau nk loncat, kita pijak dia..HAMIK KAU ..pijak kita lompat, lepas tu kita biarkan dia. Sebab dia BATU kan..biar je keras kat situ..hehhee...
SITUASI SEDIH TU AKAN MULA-MULA NAMPAK SIMPLE JE.KITA PEJAM-PEJAMKAN MATA:
Dalam keadaan sibuk misalnya kita nmpak pasangan kita MEMILIH. Dia akan pilih, kita atau kesibukannya. Bila kita sayangkan dia, kita akan redha supaya hak kita diketepikan.

CTHNYA: Suami sibuk, isteri beralah takpayah keluar makan dengan suami. Rehat teman suami kat rumah. Patah hati lah isteri, kalau dia tahu suaminya dalam sibuk2 tak sempat nk call, sms, pulang ke rumah, sempat MENJAMU SELERA DENGAN SAHABAT BAIKNYA. Isteri akan pujuk hati, tak apalah sekali sekali perlukan masa untuk jumpa org lain.

tetapi isteri, sbg BELAHANJIWA SUAMI, kalau tak berguna lagi utk menenangkan suami, tak berguna lagi utk suami meluahkan perasaan ,tak berguna lagi utk suami habiskn masa, maknanya MEMANG HUBUNGAN TU DAH TIADA GUNANYA. Lepas jumpa kawan baik, suami jumpa kawan lama pula, perempuan yang lebih faham suami, yang faham apa suami suka makan, buku apa suami suka baca, warna apa suami suka, rambut pesyen apa suami suka sikat, air apa suami suka minum, negara mana suami suka lawati. ISTERI SUDAH TIDAK ADA PERANAN, kalau ada anak hanya jadi ibu pada anak-anaknya.PADA ALLAH sahajalah isteri berserah.



SAMA JUGA SUAMI: CTH: Isterinya berhias cantik2 cantik macam ratu, nak kemana? Jumpa kawam ofis..Yg bujangan..Sebab suaminya tu rendah pangkatnya isteri pun keluar cari org yang faham LANGUANGE PANGKAT TINGGI kononnya. Susah..PADA ALLLAH SUAMI kena berserah.


SAMA JUGA KALAU ORANG BERCINTA: CTH: Buah hati lebih suka sms, call, ym, BBM, whatsapp, fb, dengan orang lain apakejadahnya dia cinta kita ye tak. HARUSLAH DIA CINTA org tu.MUNGKIN TAK SEDAR TP ITU HAKIKATNYA..
kalau kita kata kita cinta A, tp kita lagi kerap SMS, CALL, WHATSAPP, BBM, EMEL, B..macamana
cinta kita lafaz pada A, tapikalau ada masa senggang kita sanggup susah payah jumpada cari masa utk B
cinta kasih kita kata pada A tapi perincian details, surprise, penghargaan, fikiran kita pada B
cinta kita kata pada A, tapi kita lebih selesa mengadu pada B..B LEBIH memahami, talk the same languange dan boleh mendengar dengan baik, setia, ceria, kaya raya...pendek kata YANG BAIK SEMUA B..
cinta kita konon pada A tapi kalau A depan mata pun kita buat dia macam batu, kita boleh sibuk2 cari masa whatsapps B,SMS B, telefon B..
KERANA APA? A sentiasa ada dan takkan pergi? A batu? A bukan manusia? A malaikat?

cara baik lepaskan lah orang itu pergi belahan hatinya mungkin sedang menunggu orang yg lebih baik yang lebih menghargai dan lebih memerlukannya.. A bukan untuk diseksa.
Tak faham kenapa tak bercinta mati saja dengan B..
sebenarnya cinta terlarang itu INDAH. yang pelik2 yang luar biasa. MUNGKIN BARANGKALI, seronok rasa kepunyaan pada A, tp dalam masa sama ada B yang benar2 dicintai. Seronok melihat A jadi pathetic dan useless?
CINTA ITU APA KALAU HATI KITA SEPARUH PUN TIADA PADA PASANGAN? CINTA ITU APA KALAU TIADA PERKONGSIAN dan rasa saling memerlukan.
Kita perlukan orang lain sedangkan kita sudah ada pasangan, sesuatu yang tidak kena.

Kesimpulannnya: Bila kita lafaz cinta, kita mengikat janji dengan hati orang lain. Bukan hati kita je yg terlibat, janganlah memungkiri janji dan kalau memang dah berubah hati sgt tak boleh nak elak2 dah,Allah pun sedia ada cara elok. Kalau yg nak bercerai tu, macamana elokmasa meminang mengambil anak orang macam tulah patut kita pulangkan anak orang. yang mana berkasih syg bercinta dan tunang, tu...macamana elok masa mengorat boleh cakap elok2 selagi tak dapat nak jugak,jugak, masa nk pisah pun cakap elok2 selagi yang sorg tu tak faham fahamkan juga2k sebelum terlewat terkahwin dengan ORANG YANG KITA TAK CINTA DAN KITA SEKSA DIA, zalim tu..

Tuesday, May 31, 2011

PENUTUP CABARAN NESTLE YOGURT BLISS 14 HARI BERSAMA HOTFM





PENGALAMAN INDAH DENGAN FAFAU N IKHWAN HOTFM & NESTLE YOGURT BLISS
KEBAIKAN ORANG PERLU SELALU DISEBUT DAN DIKENANG-KENANG.

1. Fafau sangat humble, suka senyum dan buat orang lain tersenyum. Bukan saja merendah diri, beliau sentiasa menggembirakan orang lain, cuba menggembirakan seramai mungkin. Bakat kurniaan Allah dan sikap yang baik tentu hasil asuhan dan didikan ibu bapanya. Bertuah ibu bapa Fafau punyai anak sesopan ini yang menjadi cerminan kepada keluarga bahagia. Sambil bercerita mulutnya tak berhenti menyebut, ibu, bapa, adik kesayangan. Petanda bahawa bukan sahaja keluarganya dekat di hati malah tak lekang di bibir. Itu membuatkan kita rasa dekat..dengannya sebab beliau seorang yang kasihkan keluarga. Semoga fafau beroleh jodoh secocok.

2. Ikhwan pun tak kurang juga peramahnya. Sama macam fafau, merendah diri dan ceria. Seboleh mungkin menegur semua yang hadir dan menceriakan suasana. Pandai berlawak dan menghiburkan hati. Buat semua pemenang dan tetamu ceria dan selesa.

3. Sebab HOT fm bagi peluang bawa seorang teman. Bawalah seorang teman bertuah, yang melalui cabutan bertuah bawa pulang baucar membeli belah parkson RM 300..tahniah...

4. Alih-alih tuah berjangkit bawah meja..ada sticker.Anda pemenang bertuah..dapat lagi wang tunai RM 100. Syukur rezeki… hehehe
TERIMA KASIH HOTFM, TERIMA KASIH NESTLE YOGURT BLISS..FAFAU, IKHWAN, KREW HOTFM..
THANK U, BEEBOO

Sunday, May 8, 2011

CABARAN YOGURT NESTLE BLISS 14 HARI TELAH SEMPURNA-



Terima kasih HOTFM; Terima Kasih Minuman Yogurt Nestle Bliss..
Cabaran 14 HARI saya telah sempurna. Lebih ceria lebih selesa. Penghadaman jadi lebih sempurna..

Anak kucing melompat-lompat,
Melompat-lompat ke hujung sana;
Yogurt Nestle Bliss pilihan tepat,
Penghadaman jadi lebih sempurna.

2 TIPS UNTUK MENIKMATI Minuman Yogurt Nestle Bliss dengan lebih berkhasiat.

1. Untuk sarapan- Gantikan susu segar kepada minuman Yogurt Nestle Bliss untuk dinikmati bersama Nestle Cornflakes..
2. Untuk minum petang- Nikmati minuman bersama potongan buah-buahan segar seperti buah kiwi, epal mahupun buah naga yang dipotong dadu bersama minuman Yogurt Nestle Bliss.

Penghadaman anda jadi lebih sempurna. Ceria dan Selesa bersama Yogurt Nestle Bliss.

Sunday, May 1, 2011

DONT DRINK N DRIVE..NESTLE YOGURT BLISS di mana-mana..





/>


Menyempurnakan cabaran dan hari anda dengan NESTLE Yogurt Bliss di mana-mana..
EPAL KIWI YUMMMY
MANGGA PUN YUMMY....

1.Sila lihat pose botol Nestle Yogurt Bliss dengan BEG MERAHNYE MAK NGAH..HAHAA..
SATU BOTOL UNTUK sarapan permulaan hari anda yang ceria sebelum bergerak ke kenduri Izz-cukur jambul n majlis kahwin kak tasya...

2. Promosi 2 botol KECIL RM 3.90 di Select-Shell..YUMMMMMMYY......(biasanya RM 2.50 SEBOTOL)

3. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyempurnakan Cabaran 14 hari..yay...

4. Botol Nestle Yogurt Bliss was spotted dalam PETI AIS di rumah kenduri Izz cukur jambul...hahahah perasa oren lagi...

5. Inspektor Kebersihan memeriksa kereta supaya botol kosong Nestle YOGURT BLISS tak bersepah di dalam kereta..

Sunday, April 24, 2011

NESTLE YOGURT BLISS DIARY DAY 2- MENU SAHUR


OK..HARI ISNIN 25 APRIL 2011..MARI PUASA..
SEBELUM PUASA KENA SAHUR DULU.kita minum Nestle Yogurt Bliss Perisa Epal Kiwi. 0% Low Fat...
dengan Nasi Goreng Cili Api Makcik Kedai Tepi Pagar...

Nanti berbuka InshaAllah dengan perasa lain pulak.. Stok yang Nestle hadiahkan ni ada perisa Strawberi, Markisa Oren, Epal Kiwi, Mangga..je.jadi kalau nak perisa lain SILA BELI.. (RUJUK GAMBAR DI ATAS UNTUK MENGETAHUI PENGGEMAR PERASA STRAWBERI dengan gaya SERIUS DI TELEFON)

Saturday, April 23, 2011

NESTLE YOGURT BLISS DIARY DAY 1-YUMMY FOR TUMMY





23 APRIL 2011- Collect NESTLE Yogurt Bliss stock at K4 Wangsa Maju.. Thank u very much to the superb NESTLE person in charge... The two weeks stock packed with Insulated Bags..Three Bags altogether.. Thank u very much, to my Dear Beeboo...for his courtesy n generosity to accompany me n carried all those three cutie insulated bag..FULLY LOADED WITH NESTLE YOGURT BLISS..YUMMMY...

CERIA DAN SELESA DENGAN NESTLE YOGURT BLISS..



trying the 0% fat..version orange n passion fruit..YUMMY....

Friday, April 22, 2011

NESTLE Yogurt Bliss dan Cabaran 14 hari HOTFM





OK..I AM IN..di bawah pengawasan Ikhwan Hot Fm kalau dengar suara macam kucing miaw miaw di Hot Fm Komen fasal Nestle YOGURT BLISS..ya..itulah saya..

PERASA KEGEMARAN OREN..ANDA PULA BAGAIMANA? CEWAH AKAN UPDATE SELALU...SEPANJANG 14 HARI INI..
30 APRIL HOT FM AKAN DATANG KE RUMAH..7 MEI LAGI SEKALI..WAU.......
29 MEI FINALE..AKAN BAWA BEEBOO ALONG..YES DOAKAN SELESA DAN CERIA DENGAN NESTLE YOGURT BLISS OK?